- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pingat emas bagi Acara Sukan Boling Padang Wanita

Must read

Sarawak menambah satu lagi pingat emas bagi Acara Sukan Boling Padang Wanita Berpasukan Empat Orang pada SUKMA XVIII Sarawak 2016 diikuti oleh Selangor mendapat perak, manakala gangsa dikongsi oleh Kedah dan Kelantan. Sarawak diwakili oleh Jamiah Hasbi, Nur Fitri Yaani Hamdin, Nur Fitrah Rosmadi dan Sh. Syaza Nisrina Mumtaz Wan Jemudin.

Bagi acara Lelaki Berpasukan Empat Orang pula, pingat emas dimenangi oleh Terengganu melalui Mohamad Fadley Abd Jabal, Muhammad Alif Saufi Shaifudin, Wan Mohamad Syazmeer Wan Ali dan Muhammad Idham Amin Ramlan, perak oleh Wilayah Persekutuan dan gangsa dikongsi oleh Sabah dan Perlis.

Manakala Pasukan Kedah memenangi pingat emas bagi Perseorangan Wanita melalui Munirah Anuar, perak pula disambar oleh Wilayah Persekutuan melalui Nur Ain Nabilah  dan gangsa dikongsi oleh Selangor dan Johor.

Seterusnya, bagi Perseorangan Lelaki, pingat emas berjaya dibolot oleh Perlis, diikuti Negeri Sembilan mendapat perak manakala, pingat gangsa dikongsi oleh Perak dan Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Menteri Muda Solidariti Rosey Yunus telah menyampaikan pingat dan maskot kepada para pemenang –TAMAT-

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article