- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Pelaksanaan Undang-Undang Berkaitan Agama Islam Di Sarawak Berjalan Dengan Baik

Must read

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Menteri Perumahan dan Urbanisasi, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, pelaksanaan undang-undang berkaitan agama Islam di negeri ini berjalan dengan baik.

Pelaksanaan undang-undang tersebut menunjukkan perkembangan yang positif kesan daripada pendekatan berhemah yang dilaksanakan dengan mengambil kira kedudukan orang beragama Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas taklimat khas Majlis Islam Sarawak di Kompleks Islam pada 8 Ogos 2016.

Taklimat tersebut membabitkan Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Pusat Penerangan Islam, Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia cawangan Sarawak.

Menurut beliau, taklimat tersebut adalah pertama kali diadakan selepas pilihan raya dan perlantikan YBhg Datu Haji Misnu Bin Haji Taha sebagai Pengarah Majlis Agama Islam yang baharu.

Hasil taklimat tersebut, pihak Majlis akan menubuhkan beberapa jawatankuasa tertentu yang bersesuaian dengan beberapa bidang yang akan digunapakai oleh Majlis Agama Islam.

Dalam perkara lain, YB Datuk Abang Zohari memaklumkan tanggungjawab dalam mengurus hal ehwal agama Islam telah diserahkan kepada beliau sementara hal ehwal bukan Islam dipertanggungjawabkan kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas atas amanah Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article