- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Sekalung Budi Setiausaha Persekutuan Sarawak Dan Mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan cenderamata kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md. Yahaya Basimin yang akan bersara secara rasmi pada 12 Ogos 2016.

YBhg Datuk Haji Md. Yahaya telah berkhidmat di Sarawak selama lapan tahun sejak 15 Disember 2008.

Beliau digambarkan sebagai seorang insan yang lembut dan tenang dalam menabur jasa dan bakti di negeri ini.

YBhg Datuk Haji Md. Yahaya juga ialah seorang yang berdedikasi, “passionate” terhadap tugas  dan tanggungjawab, berpegang teguh pada prinsip, memiliki “humorouse sense” dan juga seorang ketua yang begitu “down to earth” dan memahami.

Beliau ialah seorang ketua yang wajar diteladani, terutamanya bagi pegawai-pegawai muda yang masih jauh perjalanan dalam perkhidmatan awam.

Setiausaha Kerajaan Persekutuan itu juga telah berjaya meneruskan jalinan kerjasama yang cukup baik dengan pihak kerajaan negeri.

Menurut YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi, kerjasama yang harmonis itu amat penting kepada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri dalam usaha memberi perkhidmatan  yang terbaik kepada rakyat negeri ini.

Pada majlis tersebut, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi  turut menyampaikan cenderamata kepada bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datuk Ose Murang yang telah menjalankan tugas terakhirnya sebagai penjawat awam pada 6 Ogos 2016.

Seperti YBhg Datuk Haji Md. Yahaya, YBhg Datu Ose   telah   banyak   menyumbang   jasa-jasanya tehadap   kemajuan,   perkembangan   dan pembangunan negeri  ini dan sudah pastinya persaraan kedua-dua mereka amat dirasai, jelas Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berharap persahabatan yang telah terjalin tidak akan terhenti di sini, malah akan terus berpanjangan.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi   Sosio   Ekonomi)   YBhg Datu Haji Ismawi Haji Ismuni, Timbalan Setiausaha   Kerajaan   Negeri   (Transformasi   Luar   Bandar) YBhg Datu Jaul Samion, Peguam Besar Negeri Sarawak, YBhg Datu Razak Tready, wakil   Setiausaha Kewangan Negeri, Datu Laura Lee serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article