- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sarawak Juara Bertahan Kejohanan Sukan Paralimpiad Ke-18

Must read

Kegembiraan terpancar di wajah Ketua Kontinjen Sarawak, Dr Abdul Rahman Ismail (tiga, kanan) dan Penolong Ketua Kontinjen Sarawak, Abang Samshuddin Abang Seruji sambil menjulang trofi kemenangan setelah muncul sebagai juara keseluruhan Sukan Paralimpiad Ke-18 yang diadakan sejak 6 Ogos lepas.

Acara tersebut turut disaksikan oleh Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Tuan Haji Khairy Datuk Haji Jamaluddin, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi  Abdul Ghani

Kejuaraan ini adalah kali yang ke-12 buat negeri Sarawak dan mereka telah berjaya merangkul 84 pingat emas, 63 pingat perak dan 73 pingat gangsa dalam sembilan acara sukan yang telah dipertandingkan.

Menurut YB Datuk Hajah Fatimah dalam ucapan beliau, lima hari berlangsungnya kejohanan sukan ini adalah satu perjalanan kerohanian dan emosi yang cukup hebat bukan saja buat atlet yang bersaing malah semua pihak yang terlibat termasuk jurulatih, pengurus pasukan, pengelola, ibu bapa, sukarelawan dan juga para penyokong setiap pasukan.

Beliau menyifatkan kesungguhan serta kegigihan setiap peserta dalam meberi persaingan terbaik kepada pihak lawan dan, pada masa yang sama usaha mereka untuk memartabatkan kedudukan diri sebagai seorang atlet merupakan sebuah pengalaman berharga yang begitu menginsafkan.

Sementara itu, dua orang atlet renang, Lim Carmen dari Selangor telah ditabal sebagai olahragawan terbaik manakala Yoong Chung Wei, dari Pulau Pinang sebagai olahragawati terbaik.

Majlis Penutupan Sukan Paralimpiad Ke-18 2016 di Sarawak telah disempurnakan oleh Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Tuan Haji Khairy Datuk Haji Jamaluddin di Stadium Perpaduan Petra Jaya pada 10 Ogos 2016.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article