Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem dan tiga Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut anak Masing dan YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg bergambar bersama delegasi High Performance Team (HPT) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada Majlis Penutupan HPT Retreat 2016 pada 13 Ogos.
HPT Retreat 2016 yang bertemakan ‘Sarawak Transformation, The Way Forward’ telah diadakan di Johor Bahru pada 11 hingga 14 Ogos dengan fokus utama kali ini iaitu Transformasi Sosio-Ekonomi, Transformasi Luar Bandar dan Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan.