- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sidang Media Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kabinet Transformasi Luar Bandar (CRT)

Must read

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kabinet Transformasi Luar Bandar (CRT) di salah sebuah hotel di Kuching pada 22 Ogos.

Turut kelihatan Menteri Muda Alam Sekitar dan Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan YB Datu Haji Len Talif Salleh (kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (dua, kiri) dan Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) YB Datuk Roland Sagah Wee Inn (kanan).

Menurut YB Datuk Amar Dr James Jemut Masing, usaha meningkatkan kelajuan akses internet di kawasan luar bandar akan menjadi fokus utama yang akan ditangani di bawah Jawatankuasa Kabinet Transformasi Luar Bandar (CRT).

Tambah beliau, usaha meningkatkan kelajuan internet dan kadar penembusan jalur lebar di kawasan luar bandar amat penting kerana ia adalah faktor yang akan membawa kejayaan dalam menangani tujuh lagi fokus utama dalam jawatankuasa CRT.

Tujuh faktor tersebut adalah berkenaan Sekolah Luar Bandar, Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar, Jalan Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Projek Mitigasi  Banjir Luar Bandar dan Komuniti Terjejas oleh Projek Hidro.

Beliau berkata, penyediaan kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan sebagainya tidak akan mencukupi tanpa penyediaan perkhidmatan jalur lebar kerana kemudahan-kemudahan tersebut menjadi prasarana keperluan yang mesti diadakan untuk masa sekarang dan masa depan.

Bagi mencapai matlamat ini, beliau mendedahkan sebanyak lapan jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh menteri atau menteri muda.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article