Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem menerima kunjungan hormat daripada YBhg Datu Jaul Samion dan Dr. Sabariah Putit yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri baharu pada 8 Ogos lepas.
YBhg Datu Jaul Samion (kiri) sebelum ini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak menggantikan YBhg Datu Ose Murang yang telah bersara wajib manakala Dr. Sabariah Putit (kanan) ialah bekas Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri (USMN) Jabatan Ketua Menteri.