- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sidang Media Sempena Mesyuarat Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan

Must read

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Menteri Perumahan dan Urbanisasi YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg merakam gambar bersama ahli Jawatankuasa Kabinet Transformasi Prestasi dan Penyampaian di salah sebuah hotel di Kuching pada 29 Ogos 2016.

Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi  Abdul Ghani (tiga, kiri), Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah (empat, kanan) dan beberapa orang tetamu kehormat yang lain.

Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan merupakan jawatankuasa kabinet ketiga yang akan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dr. Sabariah Putit.

Menurut YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari, jawatankuasa kabinet tersebut akan memainkan peranan penting untuk mendapatkan lebih banyak autonomi bagi negeri ini selain untuk meningkatkan prestasi dan keberkesanan program transformasi.

Tambah beliau, jawatankuasa kabinet akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membincangkan projek dan program yang dijalankan termasuk isu dan masalah yang dihadapi.

Enam fokus utama yang disenaraikan di bawah program ini ialah; Penurunan dan Pemerkasaan Kuasa; Penyampaian Perkhidmatan dan Kad Skor; Strategi Perhubungan Awam Kerajaan Negeri; Kualiti Pendidikan dan Modal Insan; Kesejahteraan Masyarakat; dan Sarawak Sebagai “Kuasa Sukan”.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article