- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2016, Sri Aman

Must read

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud diiringi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan simbolik perasmian sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Sri Aman pada 31 Ogos 2016.

Turut berada di atas pentas, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing serta Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Menteri Perumahan dan Urbanisasi, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Ketua Menteri dalam ucapan amanat beliau telah memberi penekanan terhadap isu pembangunan di negeri Sarawak yang harus diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan memandangkan negeri Sarawak telah bersama-sama menubuhkan Persekutuan Malaysia sejak 53 tahun lepas.

Menurut beliau, masih banyak yang perlu dilakukan di negeri ini terutama dari segi pembangunan kerana Sarawak adalah negeri yang sangat luas dan mempunyai penduduk yang ramai terutama di kawasan luar bandar dan pesisir pantai.

Turut hadir ialah isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, YABhg Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri Ketua Menteri, YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Binti Haji Anu, Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Datuk Amar Hj Mohamad Asfia Awang Nasar dan dif-dif kenamaan yang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article