- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUK Sarawak

Must read

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) YBhg Datu Jaul Samion menyerahkan bendera Sarawak kepada Pengarah Unit Perancang Negeri (SPU) Jabatan Ketua Menteri YBhg Datu Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki selaku Chef De Mission Kontinjen SUK Sarawak ke Karnival Sukan SUK Se-Malaysia Ke-6, 2016 pada majlis penyerahan bendera kontinjen tersebut yang telah diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 14 September.

Seramai 147 orang atlet termasuk pegawai pengurusan yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan Jabatan Ketua Menteri dan agensi-agensi di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri akan menyertai karnival yang mempertandingkan lapan acara sukan, iaitu bolasepak, badminton, bola jaring, sepak takraw, golf, boling, ping pong dan dart (acara baharu).

Dalam amanat ringkas beliau pada majlis tersebut, YBhg Datu Jaul menyeru kontinjen SUK Sarawak supaya bertanding dengan semangat berpasukan dan kesukanan yang tinggi di samping memperbaiki pencapaian lalu pada karnival kali ini ke tahap yang lebih tinggi sehingga mampu menjadi juara.

Pada karnival lalu yang berlangsung pada 2014, kontinjen SUK Sarawak menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Karnival Sukan SUK Se-Malaysia Ke-6, 2016 akan berlangsung di Johor Darul Takzim dari 21 hingga 25 September.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article