Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 di Bintulu, Sarawak yang dihadiri oleh tetamu kehormat, TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib pada 16 September.
Turut hadir ialah Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri YABhg Datuk Amar Rosmah Mansor, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem dan isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu serta Timbalan Ketua Menteri Sabah YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah dan isteri Datin Seri Genevieve Kitingan.
Seramai lebih kurang 12,000 orang yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan sambutan bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ yang telah diadakan di Lapangan Terbang Lama Bintulu.