- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Konvensyen KIK Siri Ke-7 Peringkat Negeri 2016

Must read

Sesi bergambar beramai-ramai sebagai pembuka tirai Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Perkhidmatan Awam Ke-7 yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 18 Oktober.

Konvensyen KIK ke-7 peringkat negeri kali ini menyaksikan 20 kumpulan KIK terbaik daripada pelbagai agensi kerajaan membabitkan 9 kumpulan kategori teknikal, 8 kumpulan kategori pengurusan dan 3 kumpulan kategori hybrid.

Konvensyen ini adalah acara tahunan yang dianjurkan Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN) turut diadakan bersempena dengan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak bagi menyemai budaya penambahbaikan serta penciptaan idea baharu untuk mencapai hasil kerja yang optimum secara berterusan.

Melalui Konvensyen KIK tersebut, 3 kumpulan terbaik daripada  3 kategori tersebut akan mewakili Sarawak ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 10 dan 11 November di Melaka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article