- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Keputusan Pemenang Anugerah Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2016

Must read

Kumpulan K 9INE, gabungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Miri memenangi Anugerah Trofi Ketua Menteri bagi Kategori Hybrid sempena Majlis Anugerah Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2016 yang diadakan pada 21 Oktober lalu di Kuching.

Kumpulan K9INE bersama dua lagi kumpulan, iaitu ACCURATE dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah (Kategori Pengurusan) dan SARAWAKENSIS dari Jabatan Hutan Sarawak (Kategori Teknikal) akan mewakili Sarawak ke Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan pada November depan di Melaka.

Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah yang mewakili Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg Datu Dr. Sabariah Putit dan Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Mohd. Zuki Ali.

Konvensyen diadakan sempena Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang telah berlangsung dari 17 hingga 21 Oktober.

Keputusan Pemenang Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kretaif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri 2016

Kategori Pengurusan

Trofi Ketua Menteri Sarawak ACCURATE (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah)

Trofi Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak SKY CREW (Jabatan Imigresen Sarawak)

Trofi Setiausaha Persekutuan Sarawak (Dua Pemenang) LAND SIBU Q (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu) dan KICHO (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak)

Persembahan Paling Kreatif ACCURATE (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah)

Pameran Paling Kreatif LAND TAHAI Q (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang)

Kategori Teknikal

Trofi Ketua Menteri Sarawak ENGINE 14 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak)

Trofi Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak SARAWAKENSIS (Jabatan Hutan Sarawak)

Trofi Setiausaha Persekutuan Sarawak – TATSUNOKO (Majlis Bandaraya Miri)

Persembahan Paling Kreatif ENGINE 14 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak)

Pameran Paling Kreatif – B TEN (Lembaga Air Kuching)

Kategori Hybrid

Trofi Ketua Menteri Sarawak K9INE (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Miri)

Persembahan Paling Kreatif – K9INE (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Miri)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article