- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Perasmian Hari Psikologi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2016

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) YBhg Datu Jaul Samion (kanan) melancarkan Modul Program SCS Self-Value Excellence pada Majlis Perasmian Hari Psikologi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2016 yang diadakan di Pustaka Negeri pada 26 Oktober.

Turut kelihatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg Datu Dr. Sabariah Putit (kiri).

Modul tersebut adalah satu inisiatif Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sebagai panduan kepada fasilitator program SCS-Self Value Excellence yang menggunakan kaedah psikologi dan kaunseling bagi menerapkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan Enam Nilai Bersama (Integriti, Baik Hati dan Prihatin, Profesionalisme, Sikap Kesegeraan dan Semangat Sepunya, Semangat Berpasukan dan Berorientasikan Hasil) kepada penjawat-penjawat awam perkhidmatan awam negeri.

Modul berkenaan diharapkan dapat membantu usaha menjadikan Pengurusan Perubahan Budaya sebagai salah satu daripada pelan tindakan utama di bawah SCS-10-20 yang menjurus kepada membentuk sikap dan kumpulan dalam organisasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak bertaraf dunia.

Pada Mei tahun ini, Modul Program SCS-Self Value Excellence telah mendapat Pingat Perak dalam Intex16, Innovation Technology Expo, The 9th UNIMAS Research and Development dan telah dibentangkan di Seminar Kaunseling Kebangsaan Ke-15 di Putrajaya pada Mac lepas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article