- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Upacara Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Samarahan

Must read

Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (tengah) menyempurnakan Upacara Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) di perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan pada 11 November 2016.

Majlis Daerah Samarahan (MDS) telah melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya majlis daerah yang dinaik taraf sebagai majlis perbandaran di Sarawak buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun.

Menurut Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem menerusi teks ucapan yang dibaca oleh timbalan beliau, tindakan menaik taraf majlis daerah ini amat tepat pada masanya dan sesuai dengan perubahan yang telah dialami oleh Kota Samarahan.

Beliau menyifatkan, Kota Samarahan telah berjaya mengorak langkah ke arah era pembangunan dengan peningkatan sosio-ekonomi serta pembangunan infrastruktur dan prasarana.

Kota Samarahan yang terkenal sebagai Kota Ilmu kini telah menjadi sebuah bandar yang berkembang pesat, maju dan moden, kesan daripada program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Bagi pengerusi MPKS YBhg Dato’ Peter Minos, dengan naik taraf tersebut sudah pastinya tanggungjawab dan komitmen yang bakal ditempuh akan lebih sukar dan mencabar minda.Justeru, beliau selaku pengerusi majlis berharap setiap perkhidmatan yang disediakan akan dapat dipertingkatkan supaya lebih efektif dan progresif serta berdaya saing seperti perkhidmatan kutipan sampah, penyelenggaraan jalan raya, lampu jalan, perparitan dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article