- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Perasmian Jambatan Batang Sadong oleh Perdana Menteri

Must read

Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak mendengar penerangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sadong Jaya YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri mengenai pembinaan Jambatan Sadong yang dirasmikan oleh beliau di Kampung Buloh, Daerah Sadong Jaya, Samarahan pada 18 Disember.

Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (kiri), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perumahan dan Urbanisasi dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (tiga, kiri) dan Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof (empat, kiri).

Jambatan sepanjang 1.48 kilometer dibina sebagai inisiatif daripada kerajaan bagi menyediakan keselesaan perjalanan kepada penduduk apabila jambatan tersebut dapat menyingkatkan masa perjalanan dari Daerah Asajaya dan Sadong Jaya ke Daerah Simunjan dan Sebuyau berbanding dengan menggunakan perkhidmatan feri sebelum ini yang terhad dan mengambil masa lebih 30 minit sehingga dua jam.

Menurut Perdana Menteri, pembinaan Jambatan Batang Sadong bakal merancakkan pertumbuhan sosio-ekonomi penduduk sekitar terutamanya sektor pertanian dan akuakultur.

Tambah beliau, jambatan tersebut merupakan salah satu jambatan yang penting bagi melengkapkan jajaran jalan pesisir di Sarawak dan pembinaannya adalah sebagai bukti komitmen kerajaan dalam membangunkan kemudahan infrastruktur luar bandar di negeri ini.

Jambatan Batang Sadong yang bernilai RM231 juta mula dibina pada Julai 2012 dan dibuka laluannya kepada umum pada Oktober lepas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article