- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Back To School 2017 Jabatan Ketua Menteri

Must read

Sesi bergambar bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi Dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg. Datu Dr Sabariah Putit selepas selesai menyampaikan sumbangan Back To School kepada para penerima di Jabatan Ketua Menteri pada 22 Disember 2016.

Program ini dianjurkan oleh Khidmat Sokongan Pekerja (KSP) dengan kerjasama Kelab Kakitangan Jabatan Ketua Menteri.

Seramai 94 orang penerima terdiri daripada anak-anak warga kerja di Wisma Bapa Malaysia (WBM) yang masih belajar di peringkat sekolah rendah telah layak untuk menerima sumbangan Program Back To School  2017 berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Sumbangan adalah berbentuk barangan asas persekolahan  kesemuanya bernilai RM5,700 hasil daripada sumbangan warga kerja di WBM.

Program ini adalah salah satu daripada inisiatif KSP bagi membudayakan nilai Kind and Caring seperti yang digariskan di bawah Sarawak Civil Service (SCS) Shared Value dengan matlamat untuk mengubah satu budaya kerja berdasarkan nilai dan norma yang lama kepada satu budaya kerja yang baru berasaskan kepada SCS Share Value.

Selain itu, program ini juga merupakan salah satu usaha murni KSP bagi membantu meringankan beban ibu bapa dalam menguruskan persekolahan anak-anak menjelang pembukaan sekolah pada tahun 2017.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Sokongan Pekerja Unit Sumber Manusia, Encik Riziandy Nawawi, Pengerusi Khidmat Sokongan Pekerja, Encik Mohamad Jamal bin Sahari dan Pengerusi Kelab Kakitangan Jabatan Ketua Menteri, Encik Abdul Razak Mohd. Dora.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article