Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengadakan sidang media berkenaan pemergian Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem ke rahmatullah pada 11 Januari 2016 jam 1.24 tengah hari di Pusat Jantung Samarahan.
YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem yang kembali ke rahmatullah pada usia 72 tahun meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak.
Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan tempoh berkabung selama 7 hari dan Bendera Negeri dikibarkan separuh tiang.
Semua aturcara negeri yang telah dirancang dalam tempoh tersebut akan ditangguhkan.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Jamek Kuching pada jam 10.00 pagi esok untuk disembahyangkan manakala upacara penghormatan terakhir oleh orang-orang kenamaan dan rakyat akan bermula jam 10.30 sehingga waktu Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang selepas solat Zohor.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri turut mengumumkan hari kelepasan am di Negeri Sarawak esok (Khamis, 12 Januari 2016) bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memberi penghormatan terakhir.