- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pusat Pemasaran Produk Luar Bandar Akan Dibangunkan di Sarawak

Must read

Pusat pemasaran akan dibangunkan di seluruh Sarawak pada tahun ini seperti yang dicadangkan di bawah Jawatankuasa Transformasi Ekonomi Luar Bandar (JTELB)

Demikian menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, setelah mempengerusi Mesyuarat jawatankuasa JTELB peringkat bahagian tersebut baru-baru ini.

Menurut beliau, pusat pemasaran yang dibangunkan bagi memasarkan produk luar bandar yang berasaskan pertanian tersebut  membabitkan kos berjumlah RM8 juta.

Usaha ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pendapatan keluarga petani terutama penduduk di luar bandar mampu mencecah RM4,000 sebulan menjelang 2020.

Menurut beliau, 33.1 peratus daripada penduduk luar bandar yang majoriti adalah petani mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan dengan kadar kemiskinan sebanyak 1.6 peratus.

Untuk tujuan tersebut, beliau memaklumkan sudah ada jawatankuasa di peringkat Kuching yang telah mendapat kelulusan kabinet untuk menyelaras semua program pembangunan khususnya program ekonomi termasuk pertanian di luar bandar.

Sebanyak RM1.5 bilion telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut untuk tahun 2016 dan 2017 dan melibatkan 31 agensi.

Mesyuarat JTELB tersebut melibatkan Bahagian Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong itu adalah untuk mendapatkan maklum balas tentang projek dan program yang bakal dilaksanakan di bawah jawatankuasa tersebut serta jumlah peruntukan yang diperlukan termasuk kumpulan-kumpulan sasaran.

Turut hadir Menteri Belia, Sukan dan Solidariti, YB Datuk Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pedalaman) Dan Perladangan YB Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Bekalan Air, YB Datuk Roland Sagah Wee In dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja, YBhg John Ilus.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article