- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sidang Media Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda Sarawak

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menjawab pertanyaan media pada sidang media setelah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 19 Januari.

Majlis angkat sumpah diadakan berikutan sekembalinya mantan Ketua Menteri Sarawak Ke-5 YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem ke rahmatullah pada 11 Januari lepas.

Secara dasarnya, tidak ada perubahan dalam kabinet negeri kecuali penambahan portfolio Perancangan Ekonomi kepada Kementerian Kewangan dan disebut sebagai Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi yang diambil alih oleh Ketua Menteri sendiri daripada Allahyarham YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan.

Selain itu, Ketua Menteri masih lagi memegang portfolio Kementerian Perumahan dan Urbanisasi dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Majlis menyaksikan tujuh orang menteri dan 18 orang menteri muda mengangkat sumpah jawatan di hadapan TYT Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengetuai angkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan masih memegang portfolio yang sama merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Menteri-menteri lain yang turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ialah YB Dato Sri Wong Soon Koh, YB Dato Sri Michael Manyin Jawong, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan YB Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian.

Manakala 18 orang menteri-menteri muda pula ialah YB Datuk Francis Harden Hollis, YB Datuk Lee Kim Shin, YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, YB Datuk John Sikie Tayai, YB Datuk Haji Talib Zulpilip, YB Datuk Haji Julaihi Narawi, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, YB Datuk Dr. Jerip Susil, YB Encik Liwan Lagang, YB Puan Rosey Yunus, YB Datuk Haji Len Talif Salleh, YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, YB Dr. Abdul Rahman Ismail, YB Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, YB Dr. Annuar Rapa’ee, YB Encik Malcom Mussen Lamoh dan YB Datu Dr. Penguang Manggil.

Majlis turut dihadiri isteri TYT Yang Di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri Ketua Menteri YABhg Datin Amar Hajah Juma’ani Tun Haji Bujang, Speaker Dewan Undangn Negeri YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article