- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Mengangkat Sumpah

Must read

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan YB Tan Sri Datuk Amar Dr.  James Jemut Masing mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri hari ini, 24 Januari.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sambil disaksikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kewangan II YB Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Belia, Sukan dan Solidariti YB Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kerajaan Tempatan YB Datuk Prof Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda telah diadakan pada 19 Januari lepas.

Bagaimanapun, YB Tan Sri Datuk Amar Dr.  James Jemut tidak dapat hadir atas urusan rasmi di luar negara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article