- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Menteri-menteri Kabinet Negeri Lafaz Ikrar Integriti

Must read

Ketua Menteri YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengetuai ahli-ahli kabinet negeri melafaz Ikrar Integriti Korporat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 25 Januari.

Majlis bacaan ikrar dan menandatangani ikrar disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Paul Low Seng Kwan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) YBhg Datuk Dzulkifli Ahmad.

Ikrar dilafaz sebagai mencerminkan ketelusan dan kejujuran anggota Kabinet Negeri dalam mentadbir jentera Kerajaan untuk rakyat.

Sebaik selesai acara tersebut, Ketua Menteri mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri buat kali yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 13 Januari lalu.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, menteri-menteri, menteri-menteri muda dan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article