- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perdana Menteri Merasmikan Medan Selera Lundu

Must read

Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak diiringi Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg melawat gerai-gerai makanan di Medan Selera Lundu selepas dirasmikannya pada 10 Februari lepas.

Medan Selera Lundu yang bertapak di kawasan seluas 1413.2 meter persegi itu menelan kos sebanyak RM4.3 juta, mempunyai 25 buah gerai merangkumi 27 set meja 6 kerusi dan 54 set meja 4 kerusi turut dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta yang luas.

Sempena majlis perasmian tersebut, Perdana Menteri telah mengumumkan projek pembinaan loji air dan pam penggalak bernilai RM129 juta yang akan dibina di kawasan Tanjong Datu dan Tasik Biru, Bau.

Menurut beliau, projek tersebut sudah berada dalam proses perancangan dan hanya menunggu reka bentuk pelan dari perunding projek sebelum ia dapat dilaksanakan.

Beliau memberitahu bahawa projek tersebut telah diajukan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dengan terlaksananya projek itu nanti, beliau yakin masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dan Tasik Biru akan dapat diselesaikan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Nancy Shukri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article