Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi menikmati makan tengahari bersama ketua-ketua kaum serta masyarakat tempatan ketika menghadiri Program Jiwa Murni dan Gotong Royong Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Pueh, Lundu pada 12 Februari.
Turut hadir Menteri Perancangan II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Menteri Pertahanan YB Dato’ Mohammad Johari Baharom.
Ketika menghadiri program tersebut, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan empat (4) projek pembangunan bernilai RM330,000 di Kampung Pueh, iaitu Gelanggang Sukan Serbaguna bernilai RM80,000, naik taraf dan baik pulih Dewan Serbaguna Kampung Pueh RM150,000, pendawaian semula bekalan elektrik Rumah Panjang Nek Bujur, Kampung Pueh RM60,000 dan baik pulih balai raya Zon Sungai Merah Kampung Pueh bernilai RM40,000.