- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri (CMEA) Ke-7

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg bergambar bersama para pemenang Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri atau CMEA (Chief Minister’s Environmental Award) Siri Ke-7, 2017 anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) pada malam 1 Mac di Kuching.

Majlis anugerah CMEA Ke-7 yang bertemakan ‘Environmental Stewardship Begins with Me’ menyaksikan sebanyak 78 penyertaan daripada pelbagai agensi sektor korporat dan swasta termasuk Pihak Berkuasa Tempatan.

Anugerah kali ini turut memperkenalkan kategori baharu, iaitu kategori media dan wartawan individu.

Pada majlis tersebut, Ketua Menteri yang merangkap Pengerusi NREB turut melancarkan logo yang dicipta oleh pemenang pertandingan logo yang dianjurkan pada tahun lepas sebagai logo rasmi Anugerah CMEA.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kerajaan Tempatan YB Datuk Dr. Sim Kui Huan, Menteri Muda Pembangunan Tenaga dan Latihan dan Menteri Muda Alam Sekitar YB Datuk Haji Len Talif Salleh merangkap Timbalan Pengerusi NREB, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Kontroler NREB Encik Peter Sawal serta beberapa orang menteri kabinet negeri yang lain dan ketua-ketua jabatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article