- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Perasmian Forum Landskap Hutan 2017

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg merasmikan Forum Dan Bengkel Landskap Hutan 2017 yang diadakan di Kuching pada 7 Mac.

Dalam ucapan perasmian, Ketua Menteri telah mendedahkan kaedah untuk mempercepatkan pertumbuhan spesies sesuatu pokok iaitu melalui teknologi moden dan sebatian tertentu.

Untuk itu, beliau mendorong penyelidik tempatan menerokai teknologi baru serta melakukan penyelidikan bagi menghasilkan spesies pokok daripada pokok asli yang boleh matang dan dapat ditebang dalam tempoh lima tahun.

Ketua Menteri tidak menafikan bahawa ia merupakan satu cabaran yang besar, namun beliau yakin bahawa saintis pada hari ini dapat melakukannya.

Jelas beliau, sekiranya ia dapat direalisasikan, Sarawak bakal mempunyai hutan industri malah diiktiraf sebagai negeri pertama tidak hanya di Malaysia tetapi di dunia yang mempunyai hutan industri.

Kejayaan ini sudah pasti akan mendorong Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah untuk dijadikan sebagai hutan industri bagi menanam pokok-pokok yang dapat matang dalam tempoh lima tahun.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan sekiranya Sarawak mempunyai hutan industri, maka ia akan mematuhi piawaian-piawaian antarabangsa dan memohon pensijilan daripada badan pensijilan kayu dunia.

Forum yang membawa tema “Meningkatkan Pelbagai Fungsi Pemulihan Landskap Hutan di Sarawak” ini melibatkan 250 peserta daripada agensi-agensi kerajaan berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan dan juga sektor swasta.

Forum yang berlangsung selama empat hari bermula 7 Mac itu dianjurkan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Harwood Timber Sdn Bhd.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article