- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kerajaan Negeri Akan Mengambil Alih Bakun HEP

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil alih Bakun HEP daripada Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM2.5 bilion.

Pengambilalihan itu akan dibuat oleh Sarawak Energy Berhad (SEB), sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sarawak.

Dengan mengambil alih Bakun HEP, Kerajaan Negeri dan Sarawak Energy akan mempunyai kuasa mutlak ke atas semua kemudahan penjanaan elektrik di Sarawak sekaligus akan dapat membekalkan sumber tenaga dengan lebih fleksibiliti dalam mengoptimumkan pengurusan dan operasi bekalan elektrik di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri, perjanjian telahpun dicapai dimana pemilikan dan operasi Bakun HEP, iaitu kuasa loji elektrik terbesar di negara ini akan dikembalikan sepenuhnya kepada Sarawak melalui pengambilalihan saham Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB).

Beliau menyifatkan perkara ini sebagai satu konsesi utama oleh Putra Jaya dan sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak.

Mengulas lanjut, beliau berkata bahawa pengambilalihan Bakun HEP adalah sebahagian daripada pelan strategik keseluruhan kerajaan negeri untuk membangun serta menyatukan sumber tenaga yang banyak di negeri ini malah akan menjadikan negeri ini dalam kawalan penuh tenaga untuk manfaat rakyat dan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di pejabat beliau pada 8 Mac yang turut dihadiri Menteri Kemudahan Awam YB Datuk Dr Stephen Rundi anak Utom dan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article