- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Dialog Transformasi Nasional 50

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg ketika menjawab pertanyaan pada sesi Dialog Transformasi Nasional 50 atau TN50 di Arena Gemilang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan pada 11 Mac.

Turut kelihatan Menteri belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku moderator dialog yang dihadiri seramai lebih 1,000 orang.

Pada sesi tersebut, Ketua Menteri menyatakan aspirasi untuk melihat kemajuan negara menjelang 2050 banyak diinspirasi dan disumbangkan oleh Sarawak terutama dalam bidang teknologi dan pembangunan tenaga.

Sehubungan itu, beliau akan terus berusaha meningkatkan pembangunan infrastruktur dan infostruktur di Sarawak agar rakyat di negeri ini sama ada di bandar dan luar bandar sama-sama mencapai aspirasi tersebut.

Sementara itu YB Khairy Jamaluddin merumuskan bahawa belia Sarawak mempunyai aspirasi yang sangat tinggi terhadap penggunaan teknologi dalam memajukan negeri ini dan negara selain mahukan pembangunan seimbang di antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Sarawak merupakan destinasi kelima Dialog TN50 selepas diadakan di Sabah, Terengganu, Johor dan Perak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article