- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Pelancaran Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg melihat pelan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di tapak projek Muara Tuang pada 18 Mac, lepas.

Beliau turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Blessed Builders Sdn Bhd, YBhg Dato’ Sri Thomas Lau (dua kiri) dan Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Urbanisasi, YBhg Datu Sudarsono Osman (satu kiri).

PPA1M Muara Tuang yang dimajukan oleh Blessed Builders Sdn Bhd merupakan projek perumahan penjawat awam pertama di Sarawak yang terdiri daripada 340 unit dengan harga yang lebih rendah iaitu 30 peratus bawah harga pasaran.

Ketua Menteri dalam ucapan perasmian beliau telah memaklumkan bahawa Sarawak telah merancang untuk membangunkan 15, 000 unit rumah untuk penjawat awam di negeri ini dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan setakat ini telah meluluskan sebanyak 5,406 unit projek perumahan penjawat awam di seluruh negeri.

Sehubungan itu, Dato’ Sri Thomas Lau dalam ucapan beliau berkata, projek PPA1M di Muara Tuang ini merupakan projek perintis di Sarawak dan ia bertempat di lokasi yang sangat strategik selain menawarkan harga mampu milik kepada penjawat awam.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa perjalanan proses kerja di tapak pembinaan berjalan dengan lancar dan ianya sudah mencapai 18 peratus penyiapan lebih awal daripada 4 peratus yang telah dijadualkan sebelumnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article