- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman SEB Dan SFC

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menyaksikan sesi penukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Encik Sharbini Suhaili (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Encik Wong Ting Chung (kanan) di Menara Sarawak Energy pada 28 Mac.

Menerusi MoU tersebut, SEB akan bekerjasama dengan SFC dalam meningkatkan program pemuliharaan pendaratan penyu yang kedua terbesar di negara ini.

Selain itu, matlamat MoU berkenaan juga adalah untuk menggalakkan eko-pelancongan di tiga kawasan perlindungan Penyu, iaitu Taman Negara Tanjung Datu, Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kechil.

Sehubungan itu, SEB akan membantu menyediakan bekalan elektrik di tiga kawasan perlindungan penyu tersebut serta menyediakan tenaga hijau menerusi sistem berpusat daripada pelepasan karbon yang lebih kondusif untuk pemuliharaan penyu bagi menggantikan kaedah penjanaan diesel yang bising.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article