Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan, YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama Pertandingan Inovasi Pelajar Sekolah dan Institut Pendidikan MARA (IPMa) di Kuching pada 30 Mac.
Turut berada di atas pentas Menteri Muda Perancangan Sumber, YB Datuk Naroden Majais (dua kanan) dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan), YB Datu Len Talif Salleh (kanan) dan Pengarah MARA Negeri Sarawak, YBhg Encik Megat Zakaria bin Megat Ahmad (kiri).
Jelajah Karnival Pendidikan MARA 2017 Zon Sarawak berlangsung selama dua hari iaitu 30 dan 31 Mac 2017 di The Hill Shopping Mall, Kuching.
Program jelajah karnival Pendidikan MARA adalah satu inisiatif untuk membantu golongan belia terutamanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelbagai aktiviti menarik akan didakan sepanjang dua hari karnival ini antaranya Enterpreneur Education Talk, Pameran dan Pertandingan Inovasi Pelajar IPT dan Sekolah, Taklimat Kemudahan Pendidikan, Scrabble Race dan Food Truck Fest.