- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Perasmian Pesta Birumuh 2017

Must read

Aksi Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg “menumbuk” padi menggunakan lesung kayu ketika hadir merasmikan Majlis Pesta Birumuh di kompleks sukan Serian pada 1 April.

Dalam ucapan perasmian beliau, Ketua Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk tujuan pembangunan infrastruktur di bahagian Serian termasuk tiga projek besar yang akan dilaksanakan iaitu Kompleks Pentadbiran Bahagian Serian, Dewan Persidangan dan Bandar Baharu Serian (Serian New Township).

Selain itu, peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan Pejabat Daerah Tebedu dan RM2.5 juta bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan air terjun Ranchan turut diberikan.

Bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Serian, Ketua Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan akan menambah baik fasiliti di Tasik Serian termasuk membina jambatan ikonik untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Serian sekaligus akan memperhebatkan aktiviti perniagaan seperti restoran, jualan barangan kraf, produk pertanian dan sebagainya.

Pesta Birumuh atau Pesta Menuai Padi  yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dengan kehadiran lebih 8,000 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.

Pesta Birumuh 2017 turut dimeriahkan dengan perarakan kebudayaan oleh lebih 30 kontinjen termasuk peserta dari Kalimantan Barat, Indonesia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article