- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Ketua Menteri Melancarkan Makmal Pembelajaran STEM yang Pertama

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang ditemani isteri YABhg Dato Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang bertanya sesuatu kepada salah seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Haji Bolhassan ketika beliau melancarkan Makmal Pembelajaran STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) di sekolah tersebut.

Makmal Pembelajaran STEM yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama PIBG SK Rakyat Haji Bolhassan adalah satu inisiatif STEM Sarawak di bawah KRA 4 Jawatankuasa Kabinet Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan (PSDT).

SK Rakyat Haji Bolhassan adalah sekolah rintis yang pertama bagi projek tersebut sebelum diperluaskan ke 164 buah sekolah di seluruh Sarawak.

Tujuan utama Makmal Pembelajaran STEM dilancarkan adalah bagi menarik minat pelajar dalam mata pelajaran berkaitan STEM sebagai usaha Kerajaan Negeri mempersiapkan keperluan tenaga kerja untuk pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Untuk projek rintis bagi tahun 2017, enam buah sekolah termasuk SK Rakyat Haji Bolhassan telah dikenal pasti sebagai sekolah rintis bagi insiatif STEM.

Sekolah-sekolah lain adalah SK Tan Sri Dr Sulaiman Daud, SK Abang Abdul Rahman Saratok, SMK Tunku Abdul Rahman, SMK St. Joseph Kuching dan SMK BM Saratok.

Pada majlis tersebut, Ketua Menteri sebelum itu telah merasmikan Naik Taraf Dewan SK Rakyat Haji Bolhassan yang dinamakan sebagai Dewan Dato Hajah Juma’ani sempena mengambil nama isteri beliau.

Yang turut hadir ialah dua orang Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datu Haji Ismawi Haji Ismuni dan YBhg Datu Dr. Sabaraiah Putit, Naib Canselor UNIMAS YBhg Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi dan Pengarah Pendidikan Sarawak Hajah Rakayah Haji Madon.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article