- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SBC Dan MC Meneruskan Kerjasama Dalam Penyelidikan Fasa Ke-3

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani mewakili Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) melakukan penukaran Memorandum Persefahaman (MoU)  dengan Mitsubishi Corporation (MC) yang diwakili Timbalan Pengurus Besar Pejabat Pembangunan Perniagaan Tokyo, Encik Junji Nakanishi.

Upacara tersebut telah disaksikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg sempena lawatan beliau ke SBC pada 5 April.

Melalui memorandum persefahaman tersebut, SBC dan MC akan meneruskan kerjasama dalam penyelidikan bagi fasa yang ke-3 dengan memberi tumpuan terhadap pelaksanaan kemudahan bagi tujuan demontrasi dan pengesahan komersial biomas mikroalga dengan bantuan teknologi daripada CHITOSE Group, sebuah syarikat dari Jepun.

Kerjasam tersebut akan membolehkan reka bentuk baharu dalam teknologi operasi tanaman jangka panjang dirangka dengan tujuan untuk menjana pengeluaran strain alga asli ke pasaran yang sewajarnya.

Turut hadir Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan), YB Datu Len Talif Salleh, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri YBhg Datu Haji Ismawi Haji Ismuni dan Ketua Pegawai Eksekutif SBC Dr. Yeo Tiong Chia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article