- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Peletakan Batu Asas Projek Pembangunan HIKMAH EXCHANGE

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg selesai menyempurnakan upacara peletakan batu asas projek pembangunan HIKMAH Exchange di Jalan Haji Taha, Kuching pada 7 April.

Turut bersama beliau Pengerusi Eksekutif Permodalan Satok Berhad, YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato’ Haji Husain (dua, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (empat, kiri).

HIKMAH Exchange yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 3.65 ekar dan mempunyai 22 tingkat yang terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu bangunan pejabat, pusat konvensyen dan ruang komersial bakal menjadi pusat ekonomi yang baharu kepada bandar raya Kuching.

Projek pembangunan yang menelan kos pembinaan RM300 juta dan mengambil masa lebih kurang 36 bulan untuk siap sepenuhnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article