- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Bioekonomi inklusif untuk transformasi luar bandar

Must read

Pelaksanaan Program Transformasi Bioekonomi (BTP) di Sabah dan Sarawak dijangka akan merealisasikan hasrat negara mencapai sasaran pendapatan negara kasar (PNK) sebanyak RM48 bilion selain mewujudkan 170,000 peluang pekerjaan dan menarik pelaburan berjumlah RM50 bilion menjelang tahun 2020.

Antara projek BTP yang dilaksanakan di Sarawak ialah penukaran biomas kepada bio-tenaga untuk menjana tenaga elektrik oleh Olive Energy Sdn Bhd, yang telah memberi manfaat kepada lebih 110,000 orang penduduk di Bahagian Mukah.

Ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif dan seharusnya menjadi pemangkin kepada usaha untuk melaksanakan projek bioekonomi yang kukuh di Sarawak untuk memastikan pertumbuhan sosio-ekonomi yang lebih tinggi.

Sementara itu, Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 3,500 petani menjelang tahun 2020 dengan pendapatan minimum RM4,500 sebulan.

Secara tidak langsung, projek-projek berkenaan turut memberi impak kepada lebih daripada 15,000 penduduk luar bandar.

BCDP telah diterima sebagai salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerana ia menepati kriteria-kriteria yang digariskan dalam NBOS iaitu berimpak tinggi, kos rendah, pelaksanaan yang pesat dan komponen yang mampan.

Program tersebut dijangka dapat meningkatkan peranan dan sumbangan masyarakat luar bandar ke arah memacu bioekonomi yang inklusif sekaligus meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kualiti hidup mereka.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menerusi teks ucapan beliau yang dibaca oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg Datuk Seri Dr Mohd Azhar Haji Yahaya, semasa merasmikan Hari BioBorneo dan Bioekonomi 2017 di Kuching pada 9 Mei.

Beliau turut menggesa syarikat-syarikat berstatus BioNexus untuk terus memacu pembangunan luar bandar melalui penglibatan mereka dalam lebih banyak projek-projek BTP dan BCDP di Sarawak.

Ends

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article