- Advertisement -spot_img
4,771
published news
and counting

Sarawak bersedia menjalankan program konservasi burung kenyalang

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg memaklumkan bahawa Sarawak telah bersedia untuk memulakan program konservasi burung kenyalang atau dikenali sebagai The Sarawak Hornbill Conservation Programme.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan dan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Ketua Menteri ketika merasmikan Persidangan Burung Kenyalang Antarabangsa Ketujuh (7th International Hornbill Conference) 2017 di Kuching pada 16 Mei.

Program konservasi yang akan dijalankan selama lima tahun telah dimeterai perjanjiannya di antara Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Hornbill Research Foundation (Thailand) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif SFC Wong Ting Chung dan Presiden HRF Dr. Woraphat Arthayukti serta Profesor Dr. Pilai Poonswad pada majlis perasmian persidangan tersebut.

Program berkenaan akan dijalankan berlandaskan kepada platform program RIMBA (Research for Intensified Management of Bio-rich Areas Sarawak)  yang turut mengkaji tentang pengagihan populasi, sumber makanan, tempat pembiakan dan tabiat burung kenyalang di tapak RIMBA, iaitu di Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary dan Taman Negara Tanjung Datu.

Menurut Ketua Menteri, di samping melindungi hutan dan hidupan liar, program konservasi burung kenyalang ini juga sangat penting memandangkan burung kenyalang amat signifikan dalam tradisi dan budaya di Sarawak.

Menyentuh mengenai cabaran dalam menjalankan konservasi dalam kepelbagaian bio, Ketua Menteri menekankan betapa pentingnya usaha bersepadu secara saintifik di antara agensi kerajaan dan masyarakat tempatan bagi menjayakan usaha konservasi.

Beliau juga turut menyenaraikan beberapa inisiatif dan projek yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri seperti mewujudkan kawasan perlindungan, Heart of Borneo, RIMBA SARAWAK dan kejayaan program konservasi yang melibatkan masyarakat seperti di  Piasau Nature Reserve dan kawasan Ulu Menyang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article