- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Anugerah Konvensyen KIK 2017

Must read

Ternyata tuah menyebelahi kumpulan IMISAR dari Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak (Ibu Pejabat Kuching) setelah produk inovasi yang diciptakan berjaya menawan hati barisan juri sekaligus dipilih sebagai pemenang Anugerah Inovasi Ketua Menteri Sarawak bagi Kategori Agensi Persekutuan Sarawak 2017.

Kumpulan IMISAR telah mencipta inovasi yang disebut sebagai Mars Mirror, sebuah alat yang digunakan untuk mengambil gambar “Live Capture” kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Inovasi tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah sebelum ini dimana ia telah memudahkan proses mengambil gambar kanak-kanak di bawah umur 2 tahun dan ianya adalah selaras dengan dasar kualiti Jabatan Imigresen.

Dengan kemenangan itu, kumpulan IMISAR telah berjaya membawa pulang sebuah trofi Anugerah Ketua Menteri Sarawak beserta sijil dan wang tunai sebanyak RM5,000.00.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Penutupan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2017 yang diadakan di Miri pada 20 Oktober, lepas.

Turut berjaya menerima anugerah ialah Kumpulan DID Kenyalang dari Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak Bahagian Kuching (Kategori Agensi Negeri); Kumpulan RES-Q5 dari Pejabat Residen Bahagian Limbang (Kategori Pejabat Residen); dan Kumpulan Peka-X dari Majlis Bandaraya Kuching Selatan (Kategori Pihak Berkuasa Tempatan).

Konvensyen KIK yang bertemakan “Inovation Drives Digital Economy” merupakan kali yang ke-8 diadakan pada tahun ini membabitkan penyertaan sebanyak 659 warga penjawat awam dengan 72 kumpulan terdiri daripada 47 agensi Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Sarawak.

Sebanyak 72 projek inovasi dipertandingkan iaitu 33 projek inovasi penciptaan dan 39 projek inovasi penambahbaikan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article