- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Penambahan 450, 000 Hektar Untuk Kawasan “Heart of Borneo”

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumkan penambahan 450, 000 hektar untuk meluaskan kawasan Heart of Borneo (HoB) di Sarawak.

Dengan penambahan tersebut, Sarawak kini mempunyai 2.5 juta hektar kawasan HoB yang akan diperluaskan hingga ke Tanjung Datu merangkumi Taman Negara Tanjung Datu, Taman Negara Gunung Gading, Taman Negara Gunung Pueh dan kawasan sekitar.

Beliau mengumumkan perkara ini ketika merasmikan program Karnival Non-Timber Forest Product (NTFP) Heart of Borneo (HoB) yang diadakan di Tebingan Kuching pada 26 Oktober 2017.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa Kerajaan Negeri begitu komited dalam mengurus serta memelihara ekosistem di kawasan sempadan kepulauan Borneo yang mempunyai keluasan sebanyak 26.5 juta hektar.

Daripada jumlah keseluruhan kawasan tersebut, beliau mendeahkan bahawa Sarawak mempunyai bahagian terbesar dalam projek HoB, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan projek.

Projek HoB merupakan satu komitmen daripada tiga buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam untuk mempertahankan kehijauan dan biodiversity, khususnya di kawasan persempadanan Kepulauan Borneo.

Berkenaan karnival NTFP, program itu yang berlangsung selama lima hari merupakan salah satu daripada inisiatif Jabatan Hutan Sarawak untuk membawa komuniti daripada pelbagai etnik berbeza menyertai karnival, mempromosi dan menjual produk-produk mereka.

Antara komuniti yang terlibat adalah kaum Iban, Kelabit, Lun Bawang, Penan, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan, Ukit, Melayu Brunei dan Lahanan.

Sebanyak 36 gerai disediakan untuk pameran dan jualan produk NTFP sepanjang karnival berlangsung bermula dari 26 hingga 30 Oktober 2017.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg melawat ke gerai pameran tenunan Pua Kumbu selepas merasmikan Karnival Non-Timber Forest Products (NTFP) Heart of Borneo (HoB) 2017.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article