- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Manfaatkan Ekonomi Digital Untuk Perkenal Sri Aman Kepada Pelancong Luar

Must read

Penduduk Sri Aman khususnya golongan belia disaran untuk manfaatkan ekonomi digital bagi mempromosikan bandar Sri Aman sebagai bandar benak Malaysia kepada pelancong luar.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg memberitahu bahawa kerajaan telah menaik taraf kemudahan infrastruktur seperti pembinaan bangunan pasar baharu sebagai kemudahan yang disediakan untuk para pelancong yang berkunjung ke Sri Aman.

Tambah beliau, pembinaan lebuh raya pan borneo juga akan membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di Sr Aman dengan memendekkan jarak perjalanan diantara Kuching dan Sri Aman.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pesta Benak 2017 yang telah berlangsung pada 5 november, lepas.

Dalam pada itu, beliau meminta penduduk Sri Aman agar mencari altenatif bagi meningkatkan pendapatan mereka memandangkan semua kemudahan infrastruktur telah sedia ada.

Bagi memudahkan ekonomi digital dilaksanakan di Sarawak, beliau berkata kerajaan akan terus komited untuk meningkatkan kelajuan internet untuk membolehkan penduduk di Sri Aman mempromosikan budaya tempatan penduduk melalui ekonomi digital.

Pada majlis tersebut, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek  mengindahkan “Sri Aman Waterfront” bagi fasa 1b.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article