- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pameran Melestarikan Kesejahteraan Komuniti

Must read

Pameran Melestarikan Kesejahteraan Komuniti anjuran Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak telah dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg di ruang legar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 9 November 2017.

Pameran yang membawa tema “Melestarikan Kesejahteraan Komuniti” itu bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memaklumkan kepada para pengunjung tentang fungsi, peranan dan perkhidmatan kementerian serta jabatan di bawah kementerian ini iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JWKS) dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

Melalui pameran ini, ia diharap akan dapat memberi pendedahan dan membuka peluang kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk bekerjasama dengan Kementerian dalam usaha untuk menangani isu-isu di kawasan masing-masing.

Sempena pameran tersebut, Ketua Menteri telah melancarkan JWKS Helpline iaitu sebuah saluran pemudah-cara bagi membantu para wanita mendapatkan khidmat nasihat, kaunseling dan prosedur undang-undang daripada agensi yang tepat.

Selain daripada membantu wanita yang mengalami masalah keganasan rumah tangga, JWKS Helpline juga membantu mereka yang memerlukan khidmat para kaunseling, memerlukan sokongan emosi dan mereka yang ingin mengetahui prosedur berkenaan kes penderaan, perceraian, hak penjagaan anak dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article