- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SarawakPay Dilancarkan

Must read

Aplikasi SarawakPay telah dilancarkan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bertempat di Atrium, Aras 2, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching pada 15 November 2017.

SarawakPay merupakan salah satu daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri untuk mentransformasi Sarawak ke arah ekonomi digital.

Dengan terciptanya aplikasi tersebut yang juga dikenali sebagai aplikasi e-Wallet, segala urusan pembayaran antara perkhidmatan kerajaan dan rakyat akan menjadi lebih mudah.

Rakyat Sarawak tidak perlu lagi membayar bil secara tunai kepada kerajaan, sebaliknya semua urusan pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui Sarawak Pay.

Sementara itu, baki e-Wallet SarawakPay dapat diatasi melalui perbankan internet atau kad kredit.

Sarawak Pay mempunyai ciri “scan” dan “pay” yang membolehkan setiap bayaran dimulakan dengan mengimbas kod QR pada bil atau mengimbas kod QR yang dipaparkan oleh perkhidmatan yang disenaraikan seperti beberapa buah hotel di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Ketua Menteri dalam ucapan beliau berkata bahawa pelancaran SarawakPay menggambarkan hasrat dan kemahuan Sarawak untuk mendukung teknologi digital dalam perniagaan.

“Dunia pada hari ini kian berubah termasuk dari segi perniagaan dan untuk itu kita telah mencipta aplikasi SarawakPay untuk memperkasakan komuniti perniagaan dan meningkatkan standard ekonomi negeri kita”.

“Sejak 10 tahun yang lepas, banyak perkara sudah berlaku bahkan banyak aplikasi telah muncul dan disebabkan itu, kita juga harus berubah sekiranya kita tidak mahu ketinggalan”, ujar beliau.

Untuk pelancaran perintis fasa pertama SarawakPay, Bank Negara hanya membenarkan setiap tambah nilai minimum sebanyak RM200.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan memohon kepada Bank Negara Malaysia untuk memperluaskan kapasiti baki maksimum kepada RM1,500 pada tahun depan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article