- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Skim Transformasi Bas Henti-Henti (SBST) Dilaksanakan Di Sarawak

Must read

Penduduk di Kuching bakal menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap, selesa, mudah diakses serta jaringan liputan yang lebih luas apabila projek perintis Skim Transformasi Bas Henti-Henti atau Stage Bus Services Transformation (SBST) dilaksanakan pada tahun depan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri program SBST ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di bawah Aku Janji Kerajaan Persekutuan yang melibatkan lima (5) kawasan iaitu Kangar, Seremban, Ipoh, Kuching dan Kuala Terengganu.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menggalakkan penggunaan kenderaan awam yang efisien dengan kadar yang munasabah kepada rakyat, diterajui oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Semenanjung Malaysia.

Manakala, pelaksanaan di Kuching, diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri yang akan dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan (MIDT) Sarawak.

Beliau memaklumkan perkara ini semasa berucap pada Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian (MoU) di antara Jabatan Perdana Menteri dan Konsortium BBK Sdn. Bhd. serta Kerajaan Negeri Sarawak di Kuching pada 22 November 2017.

Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa manakala Kerajaan Negeri Sarawak diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani sementara Encik William Chan mewakili Konsortium BBK Sdn. Bhd. (KBKK).

KBKK telah dilantik sebagai network operator bagi melaksanakan program SBST di Sarawak dan ia akan menggabungkan lima operator utama di Kuching.

Antaranya ialah City Public Link Bus Services Sdn. Bhd; Sarawak Transport Company Bhd; Bau Transport Company Sdn Bhd; Petra Jaya Transport (Sarawak); dan Biaramas Express Sdn. Bhd.

Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama lima tahun dengan anggaran kos berjumlah RM48.18 juta setahun meliputi 27 laluan utama di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

Sejumlah 130 buah bas baharu yang mempunyai ciri-ciri mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), Mesin Tiket Elektronik (ETM) beserta GPS dan Kamera Litar Tertutup (CCTV) akan disediakan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article