- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Hari Perkhidmatan Awam 2017 akan diadakan pada 13 Disember ini

Must read

Hari Perkhidmatan Awam 2017 akan diadakan pada 13 Disember ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Seramai lebih 5,000 orang penjawat awam Negeri dan Persekutuan, badan-badan berkanun (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka hadir memeriahkan sambutan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Bertepatan dengan tema ‘Digital Government Driving Digital Economy’ dengan hashtag #sDGov, perhimpunan kali ini memberi penekanan kepada inisiatif digital negeri yang diilhamkan oleh Ketua Menteri yang akan turut melancarkan Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Strategy 2018-2022.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Sarawak Digital Economy Strategy 2018-2022 adalah satu dokumen yang menggariskan inisiatif digital untuk memacu Sarawak ke arah negeri maju berasaskan ekonomi digital.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berkenaan penganjuran HPA 2017 di BCCK pada 4 Disember.

Sebagai menghargai sumbangan dan dedikasi para penjawat awam Negeri dan Persekutuan di Sarawak, tiga anugerah utama akan disampaikan pada hari sambutan nanti, iaitu Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Anugerah Pegawai Contoh Hari Perkhidmatan Awam 2017.

Bagi memeriahkan sambutan, pameran bertemakan Digital Sarawak yang dibuka kepada orang awam turut diadakan selama dua hari bermula dari 13 hingga 14 Disember bertempat di BCCK.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article