- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sarawak Perlu Tindak Balas Positif Untuk Melonjak Ke Industri 4.0

Must read

Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) telah melancarkan inisiatif Revolusi Industri 4.0 (IR4) di Kuching bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri melonjakkan Sarawak ke Revolusi Perindustrian Keempat.

Menurut Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, untuk melonjakkan Sarawak ke IR4, ia bukanlah satu perkara yang mudah, namun Sarawak harus memberi tindak balas yang positif agar tidak ketinggalan dan dapat mencapai matlamat menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Menteri Muda E-Dagang, Keusahawanan Dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana YB Datuk Mohd Naroden Majais semasa melancarkan Industri 4.0 di Kuching pada 4 Disember 2017.

Menurut beliau, Sarawak berdepan dengan cabaran yang besar untuk beralih kepada Industri 4.0 kerana negeri ini masih belum mencapai sepenuhnya revolusi industri kedua yang tertumpu kepada penggunaan elektrik untuk meningkatkan pengeluaran dan revolusi ketiga yang berkisar kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk mengautomasikan pengeluaran.

Walaupun demikian, sekiranya Sarawak tidak beralih untuk menerima Revolusi Industri 4.0, negeri ini akan berdepan risiko ketinggalan dalam era digital baharu dan mungkin tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menjadi negara maju menjelang 2030.

Berkenaan perkara itu juga beliau berkata, adalah penting untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan golongan belia khususnya, mempersiapkan diri untuk mengguna pakai Industri 4.0 agar dapat berdaya saing dalam dunia globalisasi masa kini.

Beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah pun memperkenal serta memulakan beberapa inisitif untuk melonjakkan Sarawak ke dalam Industri 4.0.

Antaranya ialah memperuntukkan RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruktur internet, menubuhkan “Kampung Digital” di Sama Jaya dan Pusat Inovasi Sarikei dan yang terbaharu ialah memperkenalkan aplikasi Sarawak Pay untuk memudahkan urusan pembayaran yang boleh dibuat secara atas talian.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa kunci keupayaan kita untuk beralih kepada revolusi digital adalah dengan mempunyai sambungan dan infrastruktur internet yang baik.

Disebabkan itu, Kerajaan Negeri kini sedang bekerja keras untuk memperbaiki serta menaik taraf asas-asas tersebut untuk mewujudkan persekitaran dimana teknologi dan inovasi akan dapat berkembang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article