- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Warga Kerja JKM Digalak Untuk Mendaftar Anak Menyertai Program SMART PELAJAR

Must read

Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri Jabatan Ketua Menteri Sarawak YBhg Datu William Patrick Nyigor menyeru ibu bapa khususnya warga kerja di Jabatan Ketua Menteri (JKM) untuk mendaftar anak-anak mereka menyertai program SMART PELAJAR.

Program SMART PELAJAR adalah salah satu acara tahunan Kumpulan Sokongan Pekerja (KSP) JKM buat anak-anak warga kerja di Wisma Bapa Malaysia (WBM) dalam menghadapi peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Untuk memberi pendedahan serta kemahiran cara pembelajaran bijak di samping mempersiapkan anak-anak secara mental dan emosi dalam menghadapi peperiksaan, beliau menasihati ibu bapa warga kerja di WBM agar merebut peluang keemasan yang disediakan.

Menurut beliau, persiapan dari sudut psikologi ini amat penting untuk membolehkan anak-anak mereka peka tentang siapa diri mereka, tahu cara belajar yang betul serta membina keyakinan dalam diri bahawa mereka juga boleh maju dan berjaya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peralatan Sekolah “Back To School” (BTS) 2018 di Bilik Gerakan Negeri, WBM pada 18 Disember 2017 anjuran Unit Sumber Manusia Negeri, KSP JKM dengan kerjasama Kelab Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

Sebanyak 86 orang anak warga kerja JKM yang berkhidmat di WBM telah menerima sumbangan bantuan persekolahan sesi 2018 yang berupa bantuan kelengkapan asas persekolahan.

Pembelian kelengkapan dan keperluan asas persekolahan tersebut adalah menerusi dana yang terkumpul melalui sumbangan berbentuk wang ringgit daripada warga kerja JKM dan Kelab Kakitangan JKM.

Keprihatinan serta perhatian yang diberi oleh pihak pengurusan dalam kebajikan bukan sekadar untuk warga kerjanya sahaja, malah turut menitikberat aspek anak-anak mereka khusus dalam menyediakan segala keperluan asas persekolahan, jelas Datu William.

Beliau turut menyifatkan sumbangan ini cukup bermakna walaupun kecil, khususnya buat anak-anak yang bakal memulakan persekolahan mereka pada tahun 2018 dengan senyuman keceriaan penuh bersemangat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article