- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Encik Hii Chang Kee Memulakan Tugas Sebagai Setiausaha Tetap KPKKBS

Must read

Mantan Residen Bahagian Sibu Encik Hii Chang Kee memulakan tugas sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan (KPKKBS)  yang baharu, berkuat kuasa pada 11 Januari 2018.

Encik Hii Chang Kee mengambil alih tugas tersebut daripada YBhg Datu Ik Pahon Joyik yang sudah memegang jawatan itu selama lapan (8) tahun.

Sementara itu, YBhg Datu Ik Pahon Joyik  akan menyandang jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

Untuk rekod, YBhg Datu Ik Pahon pernah menjadi Residen Miri selama lima tahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan bersama KPKKBS selama lapan tahun.

Beliau juga bersedia untuk memberikan tunjuk ajar kepada Encik Hii Chang Kee yang menyifatkan  ia (jawatan tersebut) mempunyai  cabaran yang tersendiri  setelah melaluinya selama ini.

Pada masa yang sama, Encik Hii Chang Kee  menganggap pelantikannya merupakan cabaran besar yang harus ditangani namun tetap yakin dapat diatasi menerusi semangat bekerja secara berpasukan.

Semasa menggalas tugas sebagai Residen Sibu sebelum ini, beliau juga banyak terlibat dalam penganjuran acara sukan, namun demikian masih banyak perkara baharu yang perlu dikuasai kerana berbeza skop tugas antara   residen dan setiausaha tetap.

Majlis Penyerahan Tugas tersebut telah berlangsung di Bangunan Baitul Makmur (MASJA) pada 10 Januari 2017 dengan disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada majlis yang sama, YB Datuk Abdul Karim ketika memberikan ucapan beliau berkata peralihan pentadbiran seumpama itu adalah perkara yang biasa berlaku dan perlu berjalan dengan lancar

Beliau menyifatkan peralihan pentadbiran itu juga pasti akan membawa sesuatu yang lebih baik dalam kerjaya kedua-dua mereka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article