- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

DBOS Mula Beroperasi Secara Rasmi

Must read

Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) telah memulakan operasi secara rasmi pada 15 Januari 2018 di Tingkat 2, Menara SEDC, The Isthmus, Kuching.

Pejabat DBOS telah dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada satu majlis doa selamat ringkas yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi DBOS YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif DBOS Sim Kheng Boon serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah DBOS.

Yang turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan II YB Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) YB Abdullah Saidol.

Pada majlis berkenaan, Ketua Menteri turut melancarkan laman web rasmi DBOS, dbos.gov.my.

Bercakap pada sidang media, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari menjelaskan DBOS akan membiayai dan memberi pinjaman beberapa projek infrastruktur bernilai komersial seperti pembinaan infrastruktur internet termasuk projek sistem pengangkutan awam.

Selain itu, DBOS juga akan membiayai beberapa projek strategik seperti yang melibatkan sektor tenaga boleh diperbaharui, gas dan minyak, penjagaan kesihatan dan pertanian moden.

Beliau turut menjelaskan, DBOS tidak menetapkan kadar minima atau maksima untuk jumlah pinjaman yang dibuat tetapi projek yang hendak dilaksanakan harus memberi keuntungan kepada Sarawak.

Tambah beliau, DBOS telah menerima banyak permohonan pembiayaan projek-projek yang berkaitan dengan kerajaan sejak mula beroperasi sambil menyatakan keyakinan bahawa DBOS akan memacu pembangunan dan akan membawa Sarawak maju ke hadapan.

DBOS yang dilancarkan oleh Ketua Menteri pada November tahun lepas memulakan operasi dengan modal berbayar berjumlah RM500 juta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article