Kakitangan Pejabat Ketua Menteri telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena Ulang Tahun Pertama Pelantikan YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 15 Januari.
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg Datu Dr. Sabariah Putit.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli upacara memotong pulut kuning oleh Ketua Menteri.
YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari dilantik sebagai Ketua Menteri pada 13 Januari 2017 bagi menggantikan Allahyarham Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem.