- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Pra Perasmian Program Sejiwa Senada 2018 Bahagian Miri

Must read

Bahagian Miri dipilih sebagai lokasi pertama penganjuran Sejiwa Senada 2018 bertempat di Padang Majlis Bandaraya Miri bermula dari 7 hingga 8 April.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, sebanyak 100 agensi kerajaan menyertai pameran termasuk menyediakan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

Selain pameran, cabutan bertuah turut diadakan yang menawarkan sebuah kereta sebagai hadiah utama dan dua buah motosikal Modenas.

Beliau yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sejiwa Senada 2018 memaklumkan perkara berkenaan ketika ditemubual secara langsung oleh RTM selepas menyempurnakan pra perasmian Sejiwa Senada 2018 Bahagian Miri.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada hari kedua program.

Seperti edisi-edisi Sejiwa Senada yang lepas, acara-acara sampingan menarik termasuk Konsert Rakyat yang menampilkan artis-artis tempatan, senamrobik dan Sarawak Kitchen juga diadakan.

Tambah beliau, Program Sejiwa Senada adalah program yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat dengan memberikan ruang kepada rakyat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada pelbagai agensi kerajaan.

Daerah Saratok dan Kuching merupakan dua lokasi Sejiwa Senada seterusnya yang juga akan diadakan pada bulan ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article